Sesungguhnya,terdapat
pelbagai laluan,pinggiran,daerah atau sempadan wilayah.nod dan juga mercu tanda
yang saya telah lalui di tempat asal saya iaitu di Bintulu,Sarawak.Bintulu
merupakan antara bandar yang pesat membangun di
Sarawak dalam usaha untuk menjadi sebuah bandar raya yang terkemuka di
Sarawak malah di Malaysia secara keseluruhannya menjelang tahun 2020 nanti.
Terdapat banyak tempat yang menarik di Bintulu
yang boleh menjadi sebagai simbol.mercu tanda yang boleh menunjukkan imej atau
gambaran secara keseluruhan mengenai Bintulu,Sarawak. Imej atau gambaran ini
bermaksud bagaimana sesuatu tempat itu boleh diingati oleh seseorang menerusi
gambaran yang ingin disampaikan.Bagi diri saya,sebagai anak jati Bintulu,banyak
tempat atau kawasan tertentu yang mengingatkan saya tentang Bintulu yang saya
merasakan bahawa tiada di tempat lain
tetapi mungkin juga lebih kurang sama dengan yang ada di tempat laindalam beberapa aspek
tertentu.Antaranya reka bentuk,lokasi penempatannya dan juga hubungan sesuatu
tempat itu dengan penduduknya.
Antara tempat-tempat yang saya selalu saya
lewati ialah Menara Jam Bintulu yang dikelilingi dengan kawasan pancuran air
yang saya anggap sebagai mercu tanda Bintulu.Selain itu,terdapat juga mercu
tanda lain seperti Tokong Besar Cina yang terletak di tengah-tengah kawasan
Bandar Bintulu yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai “Tua Pek
Kong”.Seterusnya,terdapat juga tempat yang merupakan sebuah pinggiran bagi saya
seperti tebingan Sungai Kemena Bintulu..di mana letaknya pengangkutan seperti
bot panjang atau “express’ dan juga “penambang’ iaitu gelaran bagi pengangkutan
seperti sampan.
Selain
itu, terdapat juga tempat-tempat yang
menjadi laluan saya dan juga penduduk Bintulu yang lain seperti bandar Bintulu
yang dikelilingi bangunan lama dan juga bangunan baru.Antaranya seperti
bangunan “City Point” dan “Parkcity Mall “ yang menjadi tumpuan penduduk serata
Bintulu untuk membeli-belah dan bersiar-siar.Situasi ini menjadi lebih
menarik,apabila ada satu tempat yang selalu dijadikan hentian untuk penduduk
Bintulu sebagai tempat beriadah iaitu di “Waterfront Bintulu” ,sebuah tempat
yang mempunyai laluan penjalan kaki yang panjang dan dikelilingi oleh suasana
pantai dan juga Sungai Kemena ,Bintulu yang mengalir tenang.Sebagai
tambahan.sebuah tempat yang saya anggap sebagai hentian yang orang ramai selalu
memenuhi segenap ruang ilah di “Pasar Tamu Bintulu” iaitu tempat penduduk
Bintulu memasarkan hasil sayur-sayuran,buah-buahan dan sebagainya dan menjadi
sumber makanan kepada penduduk setempat di Bintulu.

Namun
begitu,ada juga tempat-tempat di Bintulu
yang merupakan hentian yang sering saya lalui atau lewati, antaranya
Perpustakaan Awam Bintulu,Dewan Suarah Bintulu,Masjid Assyakirin dan
sekolah-sekolah lama saya semasa di Tingkatan 1 hingga 5 dan juga Tingkatan
iaitu di SMK BARU BINTULU dan juga SMK BANDAR BINTULU.Tempat-tempat sebegini
merupakan simbol bagi saya untuk mengambarkan Bintulu,tempat asal saya serta
Lapangan Terbang Antarabangsa Bintulu merupakan tempat yang terakhir di Bintulu
sebelum saya menjejakkan kaki di UKM Bangi, Selangor.
No comments:
Post a Comment