KISAH YANG BERLAKU DI SEKITAR DUNIA DAN TEMPATAN SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Sesungguhnya,melalui
transkrip perbualan saya dengan responden Mr.Johson,pelbagai situasi atau
kejadian direkodkan dan tahun-tahun tertentu yang membabitkan apa yang berlaku
di sekeliling atau persekitaran dalam konteks dunia dan juga setempat atau
lokal pada ketika itu.
Jika
diamati dengan sebaik yang mungkin,keseluruhan transkrip perbualan saya dengan
Mr.Johson berkisarkan pada waktu sebelum dan selepas Perang Dunia 2 berlaku
iaitu selepas tahun 1945.Perkara yang paling penting untuk dilihat ialah
perubahan yang berlaku akibat daripada Perang Dunia 2 yang telah berlaku
dan perubahan yang berlaku kepada
kehidupan manusia,imej sesebuah bandar daripada sebelum kepada keadaan terjejas.
Dalam
aspek lokal atau setempat,terdapat
banyak kejadian,situasi perubahan yang berlaku terutamanya kawasan
tempat tinggal Mr.Johson iaitu Kajang.Pada ketika itu,dalam tahun 70-an,bandar
Kajang masih lagi sebuah bandar yang
kecil dengan penduduk yang agak sederhana.Bangunan-bangunan juga masih lagi
sedikit dan hanya ada bangunan-bangunan sekolah seperti Sekolah Convent,Sekolah
Yua Hua.Selain itu,terdapat juga bangunan kerajaan,keagamaan seperti
masjid,gereja,kuil dan sebagainya,Pembinaan bangunan pada waktu tersebut masih
lagi perlahan dan berada pada peringkat rancangan.
Selain
itu,dalam aspek lokal juga,struktur-struktut bangunan yang dibina masih lagi
klasik dan unik serta membantu dalam membentuk imej-imej persekitaran sesebuah
bandar tersebut.Kawasan-kawasan persekitaran meliputi ruang sosial di mana imej
bandar dengan interaksi sosial dapat dilihat seperti warung-warung makan yang
dipenuhi dengan penduduk-penduduk dan ruang tersebut nampak “hidup” kerana
adanya interaksi yang berlaku.
Seterusnya,dalam
aspek persekitaran dunia.Selepas Perang Dunia 2,terdapat pelbagai perubahan
yang berlaku.Situasi persekitaran ruang yang didiami oleh penduduk dunia masih
lagi belum stabil kerana penduduk perlu menyesuaikan diri dengan suasana
persekitaran yang telah terjejas akibat daripada peperangan yang berlaku.
Terdapat bangunan yang dibina runtuh dan musnah sehingga menjejaskan imej
sesebuah bandar atau tempat yang telah terjejas atau terganggu persekitarannya.
Dalam
aspek perkitaran dunia juga.antara situasi-situasi yang berlaku terutamanya
selepas tamatnya Perang Dunia 2,pembangunan ekonomi terjejas,pertumbuhan
penduduk menjadi perlahan dan kadar kematian menjadi tinggi kerana secara
relatifnya kadar kelahiran berkurangan atau rendah kerana ramai golongan dewasa
telah menjadi mangsa korban peperangan. Kekurangan keperluan asas seperti
makanan,pakaian dan tempat tinggal yang lebih selesa berbanding kem penginapan
sementara juga berlaku dan penduduk-penduduk yang terlibat dengan perang akan
terjejas.
Kesimpulannya,terdapat
pelbagai perkara yang telah berlaku terutamanya selepas Perang Dunia 2 yang telah mengubah landskap fizikal dan juga
manusia.Sesungguhnya,penyesuaian dan tindakbalas manusia terhadap persekitaran
yang telah berubah dan terjejas kerana peperangan haruslah bersifat positif
supaya mampu untuk membuat perancangan untuk memulihkan semula persekitaran
yang terjejas akibat perang kepada persekitaran yang baharu dan selamat.
No comments:
Post a Comment