Tuesday, 4 December 2012

Tugasan 5: Analisis Kuanlitatif (Kod Aksial dan Kod Terbuka)


ANALISIS KUALITATIF
Sesungguhnya,dalam analisis kualitatif ,terdapat beberapa kod yang perlu dianalisis dengan lebih terperinci yang bersumberkan daripada salinan transkrip perbualan saya dengan responden saya iaitu Mr.Johson sebagai maklumat yang perlu dikaji. Kod-kod ini dikategorikan kepada dua,iaitu kod aksial dan kod terbuka.
Kod aksial  menjurus kepada elemen-elemen utama dan penting yang terkandung dalam transkrip yang telah dicatatkan. Selain itu,kod ini juga merujuk kepada elemen yang sering atau kerap disentuh,diperkatakan dan juga diungkapkan  oleh individu atau responden semasa perbualan sedang berlaku atau dijalankan.Elemen-elemem ini telah dirakamkan dan diterjemahkan dalam bentuk transkrip atau teks untuk tatapan semua. Elemem- elemen ini juga merupakan elemen yang banyak mempengaruhi responden dan menjadi antara yang akan sentiasa diperkatakan sepertimana ditunjukkan dalam transkrip perbualan tersebut.
Manakala,kod yang kedua ialah kod terbuka. Kod terbuka merupakan kod yang menjurus kepada perkara-perkara atau elemen-elemem yang turut diperkatakan oleh responden tetapi tidak berkaitan dengan tajuk perbualan. Elemen ini juga boleh diertikan sebagai elemen-elemen tambahan atau sampingan yang tercatat dalam transkrip tersebut yang menjadi elemen pelengkap kepada elemen yang utama dan saling berkait antara satu sama lain,








KOD AKSIAL
Dalam transkrip perbualan atau temuduga saya dengan responden iaitu Mr.Johson,terdapat beberapa elemen utama yang tergolong dalam kod aksial yang boleh dikaji dan diperlihatkan. Antara elemen-elemen yang kerap kali disentuh atau diucapkan oleh  responden iaitu Mr.Johson ialah elemen sekolah,tempat,tahun,keluarga dan kerjaya.
Elemen sekolah merupakan salah satu elemen yang sering disentuh oleh Mr.Johson.Kekerapan beliau menyebut berkenaan dengan elemen ini ialah sebanyak 10 kali. Elemen sekolah ini merangkumi tempat beliau bersekolah,mengajar sebagai seorang guru dan juga  lokasi sekolah anak-anak beliau suatu ketika dulu.Selain itu, elemen sekolah juga berkait dengan sekolah-sekolah yang telah wujud di kawasan Kajang pada masa dulu.
Elemen yang kedua ialah elemen tempat. Elemen tempat yang diperkatakan oleh Mr.Johson berkisarkan berkenaan dengan tempat di mana beliau berasal,bersekolah,mengajar,tempat beliau dan keluarga diami.Elemen ini juga menyentuh berkenaan dengan tempat-tempat seperti bangunan yang ada di sekitar Kajang,institusi pengajian berdekatan,pusat membeli-belah dan sebagainya.Sesungguhnya,elemen tempat merupakan elemen yang tebanyak direkodkan daripada aspek kekerapan responden memperkatakan iaitu sebanyak 56 kali.
Selain itu,elemen berkenaan dengan tahun. Elemen ini menceritakan urutan tahun  atau  tahun-tahun yang mencatatkan pelbagai peristiwa dalam hidup Mr.Johson sekelurga. Antaranya ialah mengenai tahun kelahiran Mr, Johson,bersekolah,melanjuttkan pengajian, dan juga perkahwinan beliau serta isteri.Elemen tahun juga turut mengisahkan berkenaan dengan tahun di mana beliau berpindah dari tempat asal ke tempat yang baharu iaitu Kajang,umur beliau dan lain-lain.Elemen tahun telah diungkapkan oleh Mr.Johson dan kekerapan beliau menyebutnya ialah sebanyak 17 kali.
Seterusnya,berkaitan dengan elemen keluarga.Elemen keluarga juga merupakan antara elemen yang sering diungkapkan oleh Mr.Johson sepanjang perbualan antara saya dan beliau berlangsung.Elemen keluarga ini berkenaan dengan sejarah keluarga Mr.Johson,keluarga beliau bersama isteri iaitu anak-anak dan cucu mereka serta kawan-kawan rapat yang turut beliau anggap seperti ahli keluarga sendiri.Elemen keluarga ini telah diucapkan sebanyak 13 kali.
Akhir sekali,elemen yang turut tergolong dalma kod aksial yang sering disentuh oleh Mr.Johson ialah elemen kerjaya.Mr. Johson menceritakan berkenaan dengan kerjaya beliau dan isteri yang terlibat dalam profesion penguruan. Selain itu,beliau juga memberitahu berkenaan dengan kerjaya yang diceburi oleh anak-anak beliau.Kekerapan beliau menyebut mengenai elemen kerjaya ini ialah sebanyak 17 kali.

















KOD TERBUKA
Selain daripada kod aksial,dalam analisis kualitatif  ini,kod terbuka juga turut disentuh.Kod terbuka merupakan elemen-elemen yang terkandung dalam kod ini yang bersifat elemen tambahan atau elemen yang diperkatakan tetapi terkeluar daripada tajuk perbualan yang dijalankan. Antara elemen-elemen yang tergolong dalam kod terbuka yang telah dikenalpasti dan direkodkan ialah elemen harapan dan elemen nasihat.
Elemen harapan antara elemen dalam kod terbuka yang acap kali disentuh oleh responden saya iaitu Mr.Johson dalam perbualan kami berdua di rumah beliau.Elemen harapan ini mencakupi harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik,dikurniakan dengan kesihatan yang baik untuk beliau dan isteri serta keluarga.Elemen harapan ini juga turut menceritakan berkenaan dengan harapan Mr.Johson kepada golongan muda.Kekerapan Mr.Johson menyentuh berkenaan dengan elemen ini ialah sebanyak 17 kali.
Akhir sekali,elemen nasihat juga disentuh oleh Mr.Johson dalam perbualan yang dilansungkan antara beliau dan saya. Kekerapan beliau menyentuh berkenaan dengan elemen ini ialah sebanyak 13 kali. Elemen nasihat ini merangkumi nasihat kepada orang muda untuk tidak melupakan asal-usul,nasihat supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan lain-lain.









BUKTI-BUKTI YANG MENUNJUKKAN  ELEMEN-ELEMEN  YANG DIPERKATAKAN DALAM TRANSKRIP PERBUALAN
Elemen Sekolah:Kekerapan sebanyak 10 kali
     2Kelantan..dan  masa di kelantan  saya  ah..ah  sekolah dekat di sana then selepas ah .ah..form 5.
    7saya….selepas itu..ah…saya datang ke kajang tahun 80 dan mula mengajar di sekolah
   10masa dia di kajang ,dia mengajar di sekolah yang sama..ah..ok…ok…masa di.
Elemen Tempat:Kekerapan dicatatkan sebanyak 56 kali
     26,ah..kawasan yang baru dibina iaitu bangi..sebab ada UKM..so..masa ada UKM..dan cepat..So
     27sekarang ada kita ada bangunan besar di kajang..ah..ada bangunan yang kerajaan yang besar
     28nampak seperti Majlis Daerah..dan High Court dan…ah…yang dua-dua bangunan yang besar
Elemen Tahun:Kekerapan ialah sebanyak 17 kali
      51masa tahun 1940..di satu..ah..ah di satu daerah yang panggil Bachok..itu Bachok itu…tepi
      54beradik saya ke negeri India..so..kita ada di negeri India sampai..ah..tahun 47..dan selepas
      56,75..79..so..79…masa itu saya bersekolah di Maktab Sultan Ismail..ah..it school life..dan
Elemen Keluarga: Kekerapan ialah sebanyak 13 kali
       11kajang..ok..ok..alright-alrigh .so saya ada tiga anak lelaki ..right dan tiga-tiga masa dia di
       19cucu..ah…right..5 cucu..ah..sekarang yang sulung yang no dua  yang tinggal di Selangor
       52laut..ok..Bapa saya kerja estate assistant.masa itu kita ada di Bachok..sebelum..ah..ah..World
Elemen Kerjaya:Kekerapan ialah sebanyak 17 kali            
       58Kelantan juga..so..saya mengajar di Kelantan sampai dari 62..63..ah..sorry 4..64..64
       60akhir..ah..mula dengan akhir di satu sekolah..so itu Maktab Sultan Ismail..ah..sekolah sama
      74masa dia..ah..datang sana…ah..sebab pun dia seorang guru and then dia datang dan mengajar      
Elemen Harapan:Kekerapan sebanyak 17 kali
       91driving their bike,driving their car..and..teh..ah…and the must not pick up bad habits..like
       92smoking..drinking..you know..I know it so difficult..now..because they influence by
       93film..konw..advertisment and the..sometimes..they other smongking..,drinking..so the children
 Elemen Nasihat: Kekerapan sebanyak 13 kali
       106what I been saying so far  is that..ah..althought I keluar dari Kelantan..I still Kelantese is but
       107now new place is Selangor..ah..my children….all born in Kelantan..Kelantanese..my wife is
       108come from  Selangor..so.ah..we must adapt to where ever you are…ok..now..I have my own


      


NO
JENIS ELEMEN
KEKERAPAN RESPONDEN MENYEBUT ELEMEN TERSEBUT(KALI)
1
SEKOLAH
10
2
TEMPAT
56
3
TAHUN
17
4
KELUARGA
13
5
KERJAYA
17
6
HARAPAN
17
7
NASIHAT
13

No comments:

Post a Comment