Sunday, 23 December 2012


Tugasan 8:Laporan Kajian Lapangan di Seremban,Negeri Sembilan (Kumpulan 5: Wilson Lanyau,Muhd Faiq bin Mazlan,Aida Fathiah, Nur Hikmah)

 1.0 Pengenalan

Bandar Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di negara ini iaitu sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray ( Jalan Kapitan Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-residen British ketika itu. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai mendapat namanya dari permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
            Pada 12 Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan Seremban, Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu tugasan pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan sempadan. Tugasan kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan Seremban dan mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.
            Sepanjang perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban, terdapat pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping mengenalpasti pinggiran dan sempadan.
            Tugasan yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku Hassan dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa soalan kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja lapangan kami.
            Kerja lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar Seremban.
2.1 Pengenalan
Dalam kajian lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif. Tugasan satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa element. Element ini dipetik daripada sebuah buku bertajuk Image Of City penulisan Kevin Cynch iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang dan sempadan.

2.2 Nod
Nod merupakan titik pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan ruang yang dilalui kami semasa menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan sebahagian kawasan yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, mereka perlu melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke destinasi yang ingin dikunjungi tersebut.  Nod ini boleh didapati berbentuk sign board , papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan  Stesen Kereta Api Seremban.

2.3 Laluan
Laluan merupakan laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya terdapat laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu, laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap, jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. Contoh jalan yang dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan iaitu Jalan Tungku Hassan, Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut Lynch, laluan merupakan elemen yanh paling penting dalam sesebuah bandar kerana laluan ini dapat menghidupkan sesebuah bandar.


2.4 Mercutanda
Mercutanda merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat,
 mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut.  Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban

2.5 Gerbang
Gerbang merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan kampung,daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu kawasan, hal ini kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan simbol sebagai penyambut tetamu yang hadir ke sesuatu tempat tersebut. Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut.  Selain itu, pintu gerbang ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu gerbang tersebut akan dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak pembangunan sekarang. 

2.6 Sempadan
Sempadan  bermaksud kawasan yang membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza, nama tempat dan diperintah oleh orang yang berlainan di setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu kawasan yang lain. selain itu. Sempadan  juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.

Lampiran
Nod


Laluan




Mercu Tanda




Gerbang


Sempadan/Wilayah


3.0 Kawasan Kajian
           Sesungguhnya,dalam kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan,kami ditugaskan untuk menemuduga peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temuduga dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga ialah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.
Dalam menjalankan tugasan ini,didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan minum,kedai menjual barangan,kedai gambar,kedai gunting rambut,kedai barangan am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya.Selain itu,terdapat pelbagai perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan,Seremban yang meliputi perkhidmatan perhotelan,klinik kesihatan dan persendirian untuk masyarakat setempat,perkhidmatan penguam bela dan penguam cara dalam konteks perkhidmatan berbentuk perundangan,institusi pendidikan,institusi kewangan dan pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat setempat di sekitar Seremban.Berikut merupakan senarai contoh perniagaan perkhidmatan atau kedai yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan di Seremban:

Sepanjang kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban telah Berjaya kami temuduga bagi mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki tersebut.Antaranya ialah kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan.Perniagaan ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasaan” dan dimiliki oleh Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung perhiasaan ini.Jenis barangan yang dijual ialah seperti karpet,tikar dan sebagainya.Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung pakaian ini merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar tahun 1920-an.
Seterusnya,kedai yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki oleh Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan juga makanan-makanan yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung yang datang ke restoran beliau.
Selain itu, “Kedai Vsara Silk Centra”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau merasakan akan mendapat manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di kawasan tersebut.
Tambahan itu,kami juga telah menemuduga seorang pemilik kedai yang menjalankan perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan.Butik Roopkala telah mula beroperasi pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia 12 tahun.Encik Sega memberitahu bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya dalam kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang perayaan Deevapali.

Pada masa yang sama,terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temuduga pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang.Nama kedai emas ini ialah “Kedai Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada 11 tahun yang lepas serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat dan pengungjung luar yang datang ke Seremban.
Akhir sekali,kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut.Kedai ini dimiliki oleh Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun 1982.Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat yang datang ke kedai tersebut.Kebanyakkan barangan yang terdapat di kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada harga yang berpatutan.

GAMBAR-GAMBAR KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN

Gambar 1:Kedai Haji Yusuf GEDUNG PERHIASAN
















Gambar 2: Restoran Amma”s Curry House















Gambar 3.Kedai V SARA SILK CENTRE

Gambar 4:Butik Roopkala (Sari)



















Gambar 5:Kedai Emas Pertama De Nice
































Gambar 6:Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye











4.0 Seni Bina Bangunan

Struktur-struktur Bangunan Yang Terdapat di Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.

            Berdasarkan kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang telah kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina pada zaman dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali apabila terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan  dipertahankan nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan .

Struktur dan seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:



















Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1915:














Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1920:















Bangunan kedai yang dibina pada tahun 1919 dan 1920:















Kepelbagaian dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di sepanjang Jalan Tunku Hassan, Seremban:




Seremban yang dikenali sebagai sebuah Bandar kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan kecil atau pekan kecil yang kini telah berkembang menjadi sebuah bandaraya setelah digabungkan dengan Bandar Nilai.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang kerja lapangan ini, di dapati bahawa kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku Hassan ini adalah merupakan bangunan lama yang masih utuh walaupun telah dibina kira-kira 9o tahun yang lalu. Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu juga merupakan yang terawal dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar kawasan terbabit.


5.0 Kesimpulan

       Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis di sekitar kawasan kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual barang-barang perhiasan, perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat juga beberapa buah pejabat peguambela & peguamcara yang berada di sekitar jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina.  Tambahan pula, antara sebab pemilik kedai memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan oleh kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada tahun 1919, 1920 dan 1966.

         Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .







Thursday, 20 December 2012

Tugasan 7: Tema Buku oleh penulis


TEMA BUKU YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH PENULIS
Sesungguhnya,dalam memahami ruang dan kaitannya dengan pembangunanan,terdapat tiga buah buku yang boleh diguna dan dirujuk dalam menajamkan dan menambahkan lagi pemahaman berkenaan dengan sifat ruang dan salingkaitan dengan pembangunan.Antara buku tersebut ialah “The Production of Space” oleh Henri Lefebvre, “The Image of City” oleh Kevin Lynch dan “The Death and Life of Americans Cities” yang ditulis oleh Jane Jacobs.Ketiga-tiga buku ini mempunyai tema yang tersendiri yang telah digarap dan cuba disampaikan oleh penulisnya.Dalam buku Henri Lefebvre,iaitu “The Production of Space”,Henri cuba untuk mengentahkan mengenai penjanaan sesebuah ruang itu supaya ruang tersebut dapat dilihat penggunaannya dan kegunaannya menerusi ruang yang terhasil dan interaksi dengan manusia.Seterusnya, “The Image of City” iaitu buku tulisan oleh Kevin Lynch cuba memperlihatkan berkenaan dengan imej sesebuah bandar.Kevin Lynch berpendapat bahawa setiap penduduk mempunyai hubungan dengan bandar dan imej yang diterjemahkan ialah merupakan memori lama penduduk.Dalam buku ini juga dinyatakan bahawa pembinaan imej bandar sangat penting kerana daripada struktur bangunan akan dapat dikenalpasti melalui imej persekitaran yanh masih lagi diingati oleh penduduk di sesebuah tempat.Akhir sekali,buku “The Death and Life of Americans Cities oleh Jane Jacobs yang menyatakan berkenaan dengan perancangan sesuatu ruang.Jane Jacobs mengatakan bahawa sesuatu ruang itu mestilah cekap iaitu memenuhi apa yang kita sebagai manusi kehendaki.Dalam buku ini juga,Jane Jacobs menyatakan sesuatu ruang bandar yang berceramuk atau terganggu tetap ada “vibensi” atau kehidupan yang melingkari ruang itu kerana wujudnya interaksi antara penduduk.Jane Jacobs turut menyatakan bahawa sekiranya inginkan sesuatu ruang itu “hidup” ,haruslah memastikan bahawa hubungan sosial antara penduduk dengan ruang sentiasa wujud dan hidup serta mempunyai perasaan berpunya atau “sense of belongings” terhadap sesuatu ruang.

Tuesday, 18 December 2012

Tugasan 2: Perbandingan Harga Rumah dan Graf (Rumah Teres 2 Tingkat)
Jadual 1:Harga Rumah Teres 2 Tingkat di sekitar Taman Perumahan di Bangi ke Kuala Lumpur
Jadual 1:Harga Rumah Teres 2 Tingkat di sekitar Taman Perumahan di Bangi ke Kuala Lumpur




























Jadual 1:Harga Rumah Teres 2 Tingkat di sekitar Taman Perumahan di Bangi ke Kuala Lumpur
No Taman Perumahan RM  RM RM RM RM RM RM RM RM RM
1 Saujana,Bangi 124,000 128,500 133,400 142,300 148,300 153,200 162,000 174,200 185,500 192,000
2 Jasmin,Kajang 220,000 234,000 242,000 254,000 258,700 263,000 269,500 274,000 295,000 315,000
3 Saga Emas 311,000 319,400 325,000 335,500 341,100 359,500 365,000 376,500 385,000 405,000
4Seri Anggerik S7 365,000 395,000 410,000 418,500 435,000 442,500 451,500 452,500 457,500 470,000
5 Bukit Mahkota 320,000 355,000 386,500 415,500 430,200 460,500 471,500 495,500 525,500 575,500
6 Dahlia,KL 412,500 445,000 465,500 478,500 515,000 535,000 565,000 592,500 645,000 695,500
7 Bukit Permai 515,500 522,500 535,000 538,500 585,000 620,000 645,500 686,500 715,500 780,000
8 Jade Hills 585,500 615,000 625,000 695,000 715,500 735,500 755,500 798,000 815,500 895,500
9 Damai Rasa 18 855,500 895,000 925,000 955,500 985,000 1,050,000 1,150,000 1,200,000 1,250,000 1285000
10 Leng Seng Cheras                    1,050,000 1,150,500 1,250,000 1,285,000 1,355,000 1,375,000 1,445,000 1,495,000 1,500,500 1,535,000