1.0 Pengenalan
Bandar Seremban muncul seperti bandar-bandar lain di
negara ini iaitu sekitar tahun 1870-an. Deretan kedai di sepanjang Jalan Murray
( Jalan Kapitan Tam Yeong ), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan
Paul ( Jalan Yam Tuan ) dan Jalan Birch ( Jalan Dato’ Bandar Tunggal ) yang
mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen-residen British
ketika itu. Seremban pada awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong dipercayai
mendapat namanya dari permainan tradisional ”Sarimban” yakni sejenis permainan
yang menggunakan batu-batu kecil dan amat diminati oleh kaum Cina untuk
dimainkan pada waktu lapang berhampiran dengan Stesen Keretapi Seremban.
Pada 12
Disember 2012, kami ditugaskan melakukan kerja lapangan di kawasan Seremban,
Negeri Sembilan. Terdapat tiga tugasan yang perlu dilaksanakan iaitu tugasan
pertama ialah mengenalpasti nod, laluan, mercutanda, pinggiran dan sempadan. Tugasan
kedua ialah menemubual pemilik premis di sekitar kawasan Seremban dan
mengenalpasti senibina banggunan yang terdapat sekitar Seremban.
Sepanjang
perjalanan kami menaiki KTM dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke
Seremban, kami melalui banyak nod atau hentian. Setibanya di Seremban, terdapat
pelbagai laluan dan kami menemui mercutanda pekan Seremban di samping
mengenalpasti pinggiran dan sempadan.
Tugasan
yang kedua pula ialah menemubual pemilik premis di sekitar Jalan Tunku Hassan
dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal di Seremban. Kami mengajukan beberapa soalan
kepada peniaga di kawasan tersebut. Seterusnya mengenalpasti bentuk dan
senibina banggunan di sekitar kawasan kajian bagi memenuhi tugasan kerja
lapangan kami.
Kerja
lapangan ini mengambil masa selama 3 jam iaitu bermula pada jam 11 pagi
sehingga 2 petang. Laporan yang disediakan ini merupakan hasil kerja lapangan
kami dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif melalui
pemerhatian dan tindak balas dari penduduk setempat di kawasan kajian sekitar
Seremban.
2.1 Pengenalan
Dalam kajian
lapangan kami di Seremban,Negeri Sembilan. Kami telah diberikan tugasan untuk
mengenal pasti beberapa perkara penting bagi menyiapkan analisis kuantitatif. Tugasan
satu ini kami perlu mengenal pasti beberapa element. Element ini dipetik
daripada sebuah buku bertajuk Image Of City penulisan Kevin Cynch iaitu nod (hentian), laluan, mercutanda, gerbang
dan sempadan.
2.2 Nod
Nod merupakan titik
pertemuan atau titik perhentian dalam sesebuah perjalanan dan ruang yang dilalui
kami semasa menuju ke kawasan kajian kami. Nod ini merupakan sebahagian kawasan
yang penting bagi menuju ke sesuatu kawasan. Kebiasaannya setiap kawasan nod
ini mempunyai tanda yang jelas dan maklumat yang tepat mengenai sesebuah
perjalanan. Hal ini kerana, untuk menuju ke satu destinasi, mereka perlu
melalui beberapa destinasi yang lain dahulu sehinggalah mereka sampai ke
destinasi yang ingin dikunjungi tersebut. Nod ini boleh didapati
berbentuk sign board , papan tanda dan persimpangan jalan yang mengandungi nama
setiap kawasan. Contoh kawasan nod kami terpaksa lalui untuk ke Seremban iaitu
bermula di UKM, kami terus ke Stesen Kereta Api UKM, seterusnya kami menuju ke
kawasan Bangi, terus ke Batang Benar, terus menuju ke Nilai, Labu, Tiroi dan Stesen Kereta Api Seremban.
2.3 Laluan
Laluan merupakan
laluan yang dilalui oleh semua orang dalam sesebuah bandar, antaranya terdapat
laluan utama, laluan umun, laluan peribadi, laluan terhad, laluan tersembunyi
dan laluan bahaya. Setiap laluan ini mempunyai nama yang tersendiri dan
mempunyai sejarah yang tersendiri. Untuk menuju ke sesuatu destinasi, seseorang
itu perlulah mengetahui laluan manakah yang perlu dilaluinya. Selain itu,
laluan ini juga terdapat beberapa jalan alternatif untuk ke sesebuah tempat apabila
laluan utama tersebut sesak, maka di sini wujud apabila pengguna boleh
menggunakan beberapa laluan alternatif bagi mengelak dari kesesakan lalu lintas
atau sebagai jalan pintas. laluan ini boleh diketegorikan sebagai sebuah jalan berturap,
jalan berpasir, jalan bertanah liat dan jalan berbatu. Contoh jalan yang
dilalui kami semasa melaksanakan kerja lapangan iaitu Jalan Tungku Hassan,
Jalan Dato’ Bandar Tunggal dan lain-lain. Mengikut Lynch, laluan merupakan
elemen yanh paling penting dalam sesebuah bandar kerana laluan ini dapat
menghidupkan sesebuah bandar.
2.4 Mercutanda
Mercutanda
merupakan penanda sesebuah tempat. Bagi melihat kewujudan sesebuah tempat,
mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut. Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban
mercutanda ini memainkan peranan yang penting bagi memberikan gambaran kepada semua orang tentang sesebuah kawasan tersebut. Mercutanda ini biasanya merupakan sebahagian dari tanda sejarah yang berlaku di kawasan tersebut. Contohnya kawasan Taman Tasik, gunung kecil, menara tinggi, bangunan bersejarah, binaan yang pelik, tugu dan lain-lain. Oleh sebab itu, mercutanda ini berfungsi untuk mengembalikan nostagia kepada semua orang tentang kisah yang berlaku di sesebuah kawasan tersebut. Penjunjung mudah untuk mengingati sesebuah tempat apabila hanya melihat mercutanda sahaja, hal ini kerana mercutanda ini merupakan sesuatu yang simbolik dan hanya ada satu jenis bentuk sahaja di dunia ini. oleh itu, setiap mercutanda ada keistimewaan yang tersendiri. Antara mercutanda yang dapat kami kumpulkan di Seremban iaitu Bangunan Wisma Negeri, Stesen Kereta Api Seremban
2.5 Gerbang
Gerbang
merupakan simbol utama bagi memasuki sesebuah kawasan. Pintu gerbang ini
biasanya berada di permulaan laluan untuk memasuki sesuatu sempadan
kampung,daerah dan negeri. Pintu gerbang ini melambangkan kemegahan sesuatu
kawasan, hal ini kerana fungsi pintu gerbang ini kebiasaannya bagi menunjukkan
simbol sebagai penyambut tetamu yang hadir ke sesuatu tempat tersebut.
Contohnya “selamat datang”. Hal ini menunjukkan bahawa sesuatu tempat tersebut
mengalu-alukan kedatangan pengunjung hadir ke sesebuah kawasan tersebut. Selain itu, pintu gerbang
ini juga memperlihatkan kemegahan sesebuah kawasan, hal ini kerana setiap pintu
gerbang tersebut akan dibina berdasarkan corak tradisional tempatan atau corak
pembangunan sekarang.
2.6 Sempadan
Sempadan bermaksud kawasan yang membezakan antara kawasan lain. Sesuatu kawasan yang
telah terpisah menjadi dua kawasan yang berbeza, nama tempat dan diperintah
oleh orang yang berlainan di setiap kawasan. Sempadan ini boleh terjadi apabila
wujudnya sungai, jalan, daerah, wilayah dan negeri yang terpisah antara sesuatu
kawasan yang lain. selain itu. Sempadan
juga wujud apabila terdapat jalan yang memisahkan antara setiap
bangunan, jalan kereta api yang memisahkan daratan sebelah kiri dan kanan.
Lampiran
Nod


Laluan
Lampiran
Nod


Laluan



Mercu Tanda



Gerbang

Sempadan/Wilayah

3.0 Kawasan Kajian
Sesungguhnya,dalam kajian lapangan yang bertempat di Seremban,Negeri Sembilan,kami ditugaskan untuk menemuduga peniaga yang ada di sekitar kawasan jalan yang terdapat di sekitar Seremban. Semasa temuduga dijalankan,beberapa soalan telah kami kemukakan kepada peniaga.Antara soalan-soalan yang telah kami ajukan kepada peniaga ialah nama kedai, jenis barangan yang dijual, nama pemilik kedai, tahun kedai tersebut mula dibuka atau beroperasi dan sebab peniaga memilih lokasi tersebut sebagai tempat untuk memulakan perniagaan mereka.
Dalam
menjalankan tugasan ini,didapati bahawa terdapat pelbagai jenis perniagaan dan
juga perkhidmatan yang diusahakan oleh penduduk setempat terutamanya di sekitar
Jalan Tunku Hassan. Antara perniagaan tersebut ialah seperti kedai makan dan
minum,kedai menjual barangan,kedai gambar,kedai gunting rambut,kedai barangan
am,kedai barangan keagamaan dan sebagainya.Selain itu,terdapat pelbagai
perkhidmatan turut disediakan di sekitar kawasan Jalan Tunku Hassan,Seremban
yang meliputi perkhidmatan perhotelan,klinik kesihatan dan persendirian untuk
masyarakat setempat,perkhidmatan penguam bela dan penguam cara dalam konteks
perkhidmatan berbentuk perundangan,institusi pendidikan,institusi kewangan dan
pelaburan yang diwujudkan untuk kegunaan masyarakat setempat di sekitar
Seremban.Berikut merupakan senarai contoh perniagaan perkhidmatan atau kedai
yang terdapat di sekitar Jalan Tunku Hassan di Seremban:
Sepanjang
kajian lapangan ini dijalankan,terdapat beberapa buah kedai yang dimiliki oleh
peniaga di sekitar Jalan Tunku Hassan,Seremban telah Berjaya kami temuduga bagi
mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan kedai yang dimiliki
tersebut.Antaranya ialah kedai yang mengusahakan perniagaan gedung perhiasan.Perniagaan
ini digelar sebagai “Kedai Haji Yusuf Gedung Perhiasaan” dan dimiliki oleh
Mustafa Atin yang merupakan generasi yang ketiga dalam perusahaan gedung
perhiasaan ini.Jenis barangan yang dijual ialah seperti karpet,tikar dan
sebagainya.Encik Mustafa menyatakan bahawa perniagaan gedung pakaian ini
merupakan yang terawal yang wujud di sekitar bandar Seremban iaitu pada sekitar
tahun 1920-an.
Seterusnya,kedai
yang kedua ialah “Restoran Amma”s Curry House”. Perniagaan ini dimiliki oleh
Encik Ganesan dan keluarga dan baru sahaja dibuka kira-kira 6 bulan yang
lepas.Antara makanan yang disajikan di Restoran ini ialah makanan India dan
juga makanan-makanan yang lain yang memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung
yang datang ke restoran beliau.
Selain
itu, “Kedai Vsara Silk Centra”. Kedai ini merupakan sebuah kedai yang menjual
barangan runcit bagi kegunaan harian.Perniagaan barangan runcit ini dimiliki
oleh Encik Raja dan mula beroperasi pada sekitar awal tahun 2010. Beliau
memilih lokasi di sekitar Jalan Tunku Hassan ini kerana terdapat banyak kedai
yang menawarkan perkhidmatan berlainan dan beliau merasakan akan mendapat
manfaat yang sama daripada aktiviti perniagaan yang bergerak secara aktif di
kawasan tersebut.
Tambahan
itu,kami juga telah menemuduga seorang pemilik kedai yang menjalankan
perniagaan menjual “sari”. Kedai ini dikenali dengan nama “Butik Roopkala” dan
dimiliki oleh Encik Sega a/l Andiappan.Butik Roopkala telah mula beroperasi
pada tahun 1999 dan telah menjangkau usia 12 tahun.Encik Sega memberitahu
bahawa butiknya selalu menjadi tumpuan masyarakat setempat terutamanya dalam
kalangan masyarakat India dan mendapat sambutan hangat ketika menjelang
perayaan Deevapali.
Pada
masa yang sama,terdapat sebuah kedai emas telah berjaya kami temuduga
pemiliknya yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tang.Nama kedai emas ini
ialah “Kedai Emas Permata De Nice” dan mula dibuka pada 11 tahun yang lepas
serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada kalangan masyarakat setempat
dan pengungjung luar yang datang ke Seremban.
Akhir
sekali,kedai yang menjual peralatan sukan dan kasut.Kedai ini dimiliki oleh
Encik Wong sekeluarga dan telah beroperasi sekian lama iaitu bermula pada tahun
1982.Kedai ini dikenali dengan nama “Kwong Thye” dan merupakan sebuah kedai
yang kelihatan agak lama tetapi masih mendapat sambutan yang baik daripada
masyarakat yang datang ke kedai tersebut.Kebanyakkan barangan yang terdapat di
kedai ini merupakan barangan sukan dan kasut yang terpakai dan dijual pada
harga yang berpatutan.
GAMBAR-GAMBAR
KEDAI PERNIAGAAN DI SEREMBAN
Gambar 1:Kedai Haji
Yusuf GEDUNG PERHIASAN
![]() |
Gambar 2: Restoran
Amma”s Curry House
Gambar 3.Kedai V SARA
SILK CENTRE
Gambar 4:Butik Roopkala
(Sari)
Gambar 5:Kedai Emas
Pertama De Nice
Gambar 6:Kedai Sukan dan Kasut Kwong Thye
4.0 Seni Bina Bangunan
Struktur-struktur Bangunan Yang Terdapat di
Sepanjang Laluan Jalan Tunku Hassan, Seremban.
Berdasarkan
kajian lapangan yang kami lakukan sepanjang tempoh 2-3 jam berada di Bandar
Seremban, Negeri Sembilan,pelbagai jenis bentuk dan struktur bangunan yang telah
kami temui. Selain itu, corak seni bina yang digunakan juga mempunyai perbezaan
antara satu sama lain. Terdapat juga bangunan-bangunan yang dibina pada zaman
dahulu yang masih kukuh sehingga ke hari ini. Namun malang sekali apabila
terdapat bangunan-bangunan lama yang tidak dijaga dan dipertahankan
nilai-nilai warisannya supaya dapat dikekalkan .
Struktur
dan seni bina bangunan institusi kewangan dan sistem perbankan:
Bangunan
kedai yang dibina pada tahun 1915:
Bangunan kedai yang dibina
pada tahun 1920:
Bangunan
kedai yang dibina pada tahun 1919 dan 1920:
Kepelbagaian dan keunikan seni bina bangunan yang terdapat di
sepanjang Jalan Tunku Hassan, Seremban:
Seremban yang dikenali sebagai sebuah Bandar
kolonial asalnya, merupakan sebuah kawasan kecil atau pekan kecil yang kini
telah berkembang menjadi sebuah bandaraya setelah digabungkan dengan Bandar
Nilai.
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang
kerja lapangan ini, di dapati bahawa kebanyakan bangunan di sekitar Jalan Tunku
Hassan ini adalah merupakan bangunan lama yang masih utuh walaupun telah dibina
kira-kira 9o tahun yang lalu. Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan itu
juga merupakan yang terawal dibina ketika wujudnya penempatan di sekitar
kawasan terbabit.
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan pemerhatian kami, kebanyakkan pemilik premis
di sekitar kawasan kajian ini ialah kaum India dan majoritinya menjual
barang-barang perhiasan, perkahwinan dan makanan India. Selain itu, terdapat
juga beberapa buah pejabat peguambela & peguamcara yang berada di sekitar
jalan ini. Pemilik pejabat ini ada di antaranya kaum Melayu dan kaum Cina. Tambahan pula, antara sebab pemilik kedai
memilih kawasan tersebut sebagai kawasan perniagaan adalah disebabkan oleh
kawasan tersebut merupakan banggunan kedai yang terawal dibina di sekitar
Seremban, manakala senibina banggunan ini juga klasik dan ada yang dibina pada
tahun 1919, 1920 dan 1966.
Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .
Sesungguhnya,bandar Seremban merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Kepelbagaian jenis bangunan yang menarik dan kehidupan masyarakat yang memenuhi ruang persekitaran tersebut dengan pelbagai aktiviti seperti perniagaan,institusi perkhidmatan dan lain-lain telah berupaya membentuk satu imej yang menyeluruh bagi mengambarkan bandar Seremban secara keseluruhannya .